The Star online,Tan Sri Muhyidin Yassin mengeluarkan kenyataan untuk memansuhkan UPSR dan PMR supaya pelajar dan guru dapat memfokuskan terhadap perkembangan kreativiti dan pembangunan interaktif secara meluas.....jika ranccangan ini berjaya maka guru dan pelajar hanya perlu fokus pada satu peperiksaan awam sahaja...rancangan ini termasuklah dalam perancangan penstrukturan semula sistem pendidikan di Malaysia.....namun berbalik kepada perlunya suara rakyat,cadangan ini disuarakan terlebih dahulu untuk mendapat respon daripada semua kalangan rakyat Malaysia terhadap cadangan ini....
cadangan ini akan menyebabkan UPSR dan PMR sekadar menjadi peperiksaan di sekolah masing-masing untuk menentukan sekolah apa mereka akan melanjutkan pelajaran kemudiannya....
bila kali pertama kudengar, ku rasakan tindakan ini adalah amat bagus kerana jika adanya peperiksaaan besar, murid-murid termasuk juga aku suatu ketika dahulu hanya menekankan pembelajaran untuk menghadapi peperiksaan....diajar cara untuk menjawab dan mengingat...namun tekaan ini bukanlah menjadi hujah kepada aku untuk mengiyakan cadangan ini...bagi aku kerajaan perlulah mewujudkan satu kajian yang menyeluruh berkenaan cadangan ini terhadap kesemua lapisan masyarakat termasuklah mereka dari Malaysia Timur....apa yang penting adalah suara semua rakyat....
aku sekadar ingin berkongsi permasalahan bagi memberikan respon kepada isu ini dalam meningkatkan mutu pendidkan negara..khasnya kepada golongan ibubapa yang mempunyai anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan UPSR dan PMR..
bagi aku, cadangan ini tidak patut dilaksanakan kerana jika peperiksaan dihapuskan, tiada lagi medium untuk murid-murid mengukur tahap pembelajaran mereka..mereka tiada lagi arah tuju...
No comments:
Post a Comment